comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Bapa durjana liwat anak perempuan berusia 7 tahun

 

Oleh Mohd Ishak Abdillah Ngah / Zamri Ghani

KUALA TERENGGANU: Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu setelah didapati bersalah melakukan seks luar tabie ke atas anak perempuannya berusia 7 tahun.

Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh yang berusia 45 tahun itu mengikut Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sumbang mahram ke atas mangsa antara 1 Disember 2020 dan 30 Januari  2021.

Perbuatan dilakukan sebuah rumah di Dungun, Terengganu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama terhadap mangsa pada tarikh dan lokasi yang sama.

Tertuduh dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan sebatan bagi pertuduhan pertama dan kedua.

Mahkamah mengarahkan hukuman bagi pertuduhan pertama dan kedua dijalankan secara serentak bermula dari tarikh tangkapan 15 April 2021.

Loading...
Terkini