comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Bapa tiri dipenjara 263 tahun disabitkan kesalahan rogol

 

MELAKA: Seorang bapa tiri dipenjara keseluruhan 263 tahun dan 20 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas 32 pertuduhan jenayah seksual terhadap anak tiri perempuannya, sejak tiga tahun lalu.

Tertuduh berusia 36 tahun itu dijatuhi hukuman itu dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Dharma Fikri Abu Adam dan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Lelaki 36 tahun dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas 32 pertuduhan rogol, amang seksual dan melakukan seks menggunakan objek. -FOTO: NSTP

Bagaimanapun, lelaki itu menjalani hukuman penjara 35 tahun selepas mahkamah memerintahkan hukuman penjara berjalan secara berperingkat dan serentak bermula dari tarikh tangkapan pada 8 April lalu.

Mengikut 12 pertuduhan di bawah Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan, dia didapati bersalah merogol anak tirinya yang kini berusia 16 tahun.

Dia juga bersalah atas lapan tuduhan di bawah Seksyen 377CA kanun sama kerana menggunakan objek seks.

12 pertuduhan lain membabitkan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal.

Semua kesalahan dilakukan sejak mangsa berusia 13 tahun di rumah mereka di Jasin, antara Januari 2020 sehingga 14 Mac lalu.

Loading...
Terkini