comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Bekas SU Politik Hamzah Zainudin hadapi 2 pertuduhan rasuah

Bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, tiba di mahkamah bagi menghadapi pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah RM350,000 bagi membantu syarikat mendapatkan tender perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti peralatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagaimanapun, Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, 42, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

“Faham (pertuduhan), mohon dibicarakan,” katanya.

Mengikut pertuduhan, bekas Setiausaha Politik kepada Hamzah yang juga bekas Menteri Dalam Negeri itu didakwa menerima wang rasuah berjumlah RM350,000 daripada Pengarah Urusan Syarikat Nexuscorp Group Sdn Bhd, Wan Azhar Mohamed Yusof.

Ia sebagai upah membantu syarikat berkenaan mendapatkan tender perkhidmatan penyelenggaraan serta pembekalan alat ganti untuk peralatan infrastruktur, server, perisian serta radio pengguna sistem RMPNET PDRM bernilai RM381,112,042.44.

Kesalahan didakwa dilakukan di pejabat Yayasan Tanah Aku, Solaris Dutamas, di sini, jam 4 petang, 4 Disember 2020 dan 3.30 petang 16 Disember tahun sama.

Pendakwaan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini