comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] CEO persatuan bola sepak antara 4 direman, terima rasuah lebih RM6 juta

 

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) persatuan bola sepak di sebuah negeri di utara tanah air antara empat individu ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta serta menerima rasuah lebih RM6 juta.

Sumber memaklumkan, keempat-empat suspek lelaki yang berusia antara 40 hingga 60 tahun itu telah ditahan sekitar jam 5.00 hingga 6.30 petang semalam ketika hadir ke Pejabat SPRM Kedah bagi dirakamkan keterangan.

Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 7 Januari depan telah dikeluarkan oleh Majistret, Siti Norhidayah Mohd Noor terhadap keempat-empat suspek selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi tadi.

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan, wang lebih RM6 juta berkenaan telah dimasukkan ke dalam akaun sebuah persatuan bola sepak.

“Wang rasuah itu dipercayai sebagai balasan kerana membantu seorang pemilik sebuah syarikat untuk mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di sebuah negeri,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap keempat-empat suspek berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16a(B) Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini