comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Dua anggota tentera nafi tuduhan miliki dadah

REMBAU: Dua anggota tentera bersama seorang buruh yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki dadah.

Pertuduhan ke atas anggota tentera, Mohd Azizan Mohd Yusof, 28, dari Gemas, Negeri Sembilan, Mohd Fanddi Kusnin, 35, dari Benut, Johor dan Chean Boon Kok, 28, dari Segamat, Johor dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa memiliki dadah berbahaya jenis methaphetamine seberat 6.2 gram di ruang tamu sebuah rumah di Taman Damai, Gemas jam 3.30 pagi, pada 12 Oktober lalu.

Pendakwaan dikenakan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 November depan bagi tarikh laporan kimia.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwaan, Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Roslaili Alias mewakili ketiga-tiga tertuduh.

Loading...
Terkini