comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Dua beradik antara 3 direman belasah pemilik kedai

Foto: NSTP

MUAR: Tiga ditahan termasuklah dua beradik, disyaki membelasah seorang pemilik kedai makan dalam kejadian di sebuah premis perniagaan dekat Sungai Abong, di sini semalam.

Tiga suspek berusia 20 hingga 28 tahun itu dipercayai bertindak demikian ketika mangsa cuba meleraikan pergaduhan di premis itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, sebelum kejadian mangsa berada di kedai makan sebelum didatangi beberapa lelaki.

Beliau berkata, suspek naik berang kerana mangsa cuba meleraikan pergaduhan hingga cedera di beberapa anggota badan.

“Ketika kejadian berlaku, semua suspek didapati bawah pengaruh alkohol. Mangsa yang cedera kemudian membuat laporan pada hari kejadian,” katanya.

Katanya, lagi bertindak atas laporan polis dibuat mangsa, sepasukan anggota dan pegawa polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah membuat tangkapan ke atas tiga lelaki warga tempatan.

“Semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar untuk siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Dalam pada itu, ketiga suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk mendapatkan perintah reman.

Majistret Norfarah Syahidah Mohd Noh kemudian membenarkan semua suspek direman empat hari bermula hari ini.

Loading...
Terkini