comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa lemas dua beradik, SAR jumpa mayat kakak 

Foto: Ihsan BOMBA

KENINGAU: Operasi mencari dan menyelamat dua beradik yang dilaporkan hilang di Sungai Pegalan, berhampiran Kampung Lingkudau, di sini semalam, menemui satu mayat pagi tadi.

Mayat Azila Jabar, 12, ditemui jam 11.36 pagi oleh pasukan bomba dan penduduk kampung, manakala adiknya Arlina 9, belum ditemui.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Sharudy Delamin berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua dimulakan jam 6.34 pagi.

Katanya, operasi SAR dijalankan di kawasan dengan jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

“Selain itu juga, operasi SAR dilakukan dengan teknik menyusuri tebing sungai berjalan kaki oleh pasukan mencari.

“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan operasi pencarian dengan melakukan selaman,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

“Mangsa ditemui dalam keadaan terapung kira-kira 1.7 kilometer dari lokasi kejadian dan 500 meter dari pusat kawalan tempat kejadian (PKTK).

“Mayat seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sharudy berkata, operasi SAR mencari mangsa kedua diteruskan dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, mangsa Azila Jabar, 12, dan adiknya Arlina, 9, dipercayai bermain berhampiran tebing sungai berkenaan sebelum Arlina terjatuh ke dalam sungai.

Azila kemudian terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan adiknya namun kedua-duanya dihanyutkan arus.

ARTIKEL BERKAITAN| 

Loading...
Terkini