comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Lelaki dipercayai bunuh anak kandung 6 bulan akan dihadap di mahkamah esok  

 

KUALA LUMPUR: Pendakwaan terhadap seorang pengawal keselamatan akan dibuat di mahkamah esok atas kesalahan membunuh bayinya yang berusia enam bulan, esok.

Memaklumkan perkara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohamad Nasir Drahman, berkata pendakwaan terhadap lelaki berusia 25 tahun akan dijalankan di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi.

“Suspek akan dihadapkan ke mahkamah, esok atas kesalahan membunuh anak kandung yang hanya baru berusia enam bulan.

“Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh orang),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Suspek sebelum ini ditahan pada Ahad lalu untuk membantu siasatan kes kematian bayi berusia enam bulan yang dilaporkan berlaku di sebuah kediaman di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, Beranang.

Semalam media melaporkan, seorang bayi lelaki berusia enam bulan, maut disyaki akibat menjadi mangsa deraan bapa kandungnya.

Penderaan dialami mangsa terbongkar susulan bedah siasat yang dijalankan oleh Jabatan Forensik Hospital Kajang terhadap mayat mangsa yang menemui kesan kecederaan pada kepalanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Muhamad Nasir Drahman, dilaporkan berkata pada awalnya polis menerima laporan daripada bapa mangsa pada jam 8.52 pagi.

“Lelaki itu mendakwa bayinya ditemukan tidak sedarkan diri di rumah dekat sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Kesuma.

“Hasil pemeriksaan awal, tiada kecederaan ditemui pada badan mangsa sebelum mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Kajang untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat, pakar mengesahkan kecederaan mangsa bukan disebabkan kemalangan, tetapi disebabkan perbuatan jenayah ke atas mangsa,” katanya.

Berikutan itu, katanya polis menahan bapa bayi berkenaan padajam 11.30 malam hari kejadian untuk membantu siasatan.

Suspek ditahan di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Kajang sebelum saringan air kencing yang dijalankan terhadapnya mendapati lelaki itu positif dadah jenis syabu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini