comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pemandu lori mengaku tidak bersalah rogol anak tiri 10 tahun

Oleh: Selwam Arjunan

BUTTERWORTH: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas dua pertuduhan merogol anak tirinya dalam kejadian pada 2018 dan 2019.

Tertuduh berusia 29 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol anak tirinya yang ketika itu berusia 10 tahun di sebuah kediaman di Kampung Bagan Buaya dekat Changkat, Nibong Tebal jam 11 malam, pada Disember 2018.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol anak tirinya yang ketika itu berusia 11 tahun pada 2019, jam 9 pagi di lokasi sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dari lapan hingga maksimum 30 tahun serta 10 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Selain itu, tertuduh turut dikenakan syarat tambahan dengan dilarang mendekati dan mengganggu mangsa serta saksi sehingga kes selesai, selain perlu tinggal berasingan daripada mangsa.

Sebutan semula kes ditetapkan pada pada 21 November.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini