comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pemilik Spanco didakwa pagi ini

Tan Sri Robert Tan (tengah) hadir ke mahkamah atas dakwaan rasuah perolehan membekal dan mengurus fleet kenderaan kerajaan Malaysia di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Tokoh korporat, Tan Sri Tan Hua Choon tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, pagi ini dan dijangka berdepan tuduhan berhubung kontrak perolehan syarikat membekal serta menguruskan kenderaan kerajaan.

Mengikut paparan maklumat mahkamah, pertuduhan ke atas ahli perniagaan yang juga pemilik Spanco Sdn Bhd itu akan dikemukakan di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin, jam 9 pagi.

Tan hadir bertongkat dengan memakai baju kemeja dan kot biru diiringi beberapa individu sebelum memasuki lobi mahkamah, jam 8.13 pagi.

Tokoh korporat itu kelihatan tenang ketika dirakam gambar dan video oleh beberapa pengamal media yang berkumpul sejak jam 8 pagi.

Media sebelum ini melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu kediaman seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bagi siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan perolehan dan pengurusan kenderaan kerajaan bernilai RM4.5 bilion.

SPRM turut menyerbu empat syarikat termasuk pembekal kenderaan kerajaan, selain memanggil lebih 20 individu dan sudah membekukan kira-kira 80 akaun syarikat serta individu berkaitan dalam kes itu.

Selain itu, SPRM turut merakam percakapan bekas Menteri Kewangan berkait kontrak perolehan membabitkan syarikat berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini