comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Remaja lelaki laku aksi ‘wheelie’ direman 3 hari

Oleh Fazli Ahmad

KUANTAN: Padah melakukan aksi ‘wheelie’ menaiki motosikal, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun direman tiga hari.

Majistret Tengku Eliana Tun Kamaruzzaman mengeluarkan perintah tahanan reman hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan polis.

Bagaimanapun teman wanita remaja lelaki terbabit, pelajar sebuah sekolah di Balok yang membonceng motosikal berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pasangan terbabit ditahan di Kampung Balok, Kuantan jam 11 pagi semalam selepas video mereka melakukan aksi berbahaya ‘wheelie’ tular di media sosial pada 30 April lalu.

Aksi berbahaya pasangan kekasih ketika menunggang dan membonceng di Jalan Chendor, Kuantan. -FOTO: Tular

“Aksi berbahaya itu dipercayai dirakamkan dari Jalan Chendor ke Kemaman, Terengganu.”

“Susulan kejadian itu polis menahan pasangan terbabit bersama motosikal ditunggangi ketika melakukan aksi berbahaya terbabit pagi semalam.” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Polis turut menyita motosikal ditunggangi remaja terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun serta denda hingga RM15,000.

Loading...
Terkini