comscore
Tumpuan :
Mahkamah

SPRM tahan seorang pengarah syarikat berhubung tuntutan palsu perkhidmatan selenggara dan pembaikan bot 

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah menahan seorang pengarah syarikat kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu melibatkan perkhidmatan selenggaraan dan pembaikan bot berjumlah lebih RM270,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 50an dipercayai ditahan kira-kira jam 5.30 petang semalam di pejabat SPRM Sabah ketika hadir memberi keterangan.

“Suspek disyaki terlibat dalam tuntutan palsu pada tahun 2019 dimana perkhidmatan dan pembaikan bot tidak dilakukan mengikut spesifikasi,” kata sumber itu lagi.

Sementara itu, perintah reman selama 7 hari bermula hari ini sehingga 17 Oktober 2023 telah dikeluarkan oleh Majistret Puan Lovely Natasha Charles terhadap suspek selepas SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, Sabah pagi tadi

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi  mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini