comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Terima rasuah RM2,500 daripada keluarga banduan, pegawai penguat kuasa direman

Seorang penguat kuasa agensi penguatkuasaan direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah bernilai RM2,500. Foto NSTP

KUALA TERENGGANU: Seorang pegawai penguat kuasa direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah berjumlah RM2,500 daripada keluarga banduan.

Perintah reman terhadap suspek yang berusia 32 tahun yang bertugas di sebuah agensi penguatkuasaan di negeri ini dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Penahanan suspek bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Suspek sebelum ini ditahan di pejabat SPRM Kemaman kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan.

Suspek dikatakan menerima rasuah berjumlah RM2,500 daripada keluarga seorang banduan sebagai cara untuk membenarkannya menerima layanan istimewa di penjara.

Dia sebelum itu dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu bagi mendapatkan perintah reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Loading...
Terkini