comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Tikam dada, kelar perut wanita hamil, lelaki didakwa membunuh

 

SUNGAI BESAR: Seorang lelaki yang terbabit dalam kes bunuh dan bakar teman wanita yang hamil empat bulan dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh.

Tertuduh yang juga bekas penuntut kolej, hadir ke mahkamah pada jam 8.55 pagi dengan kenderaan polis.

Media sebelum ini melaporkan luka akibat tikaman di dada menjadi punca seorang pelayan restoran maut selain dikelar di perut sebelum mayat mangsa dibakar oleh teman lelakinya.

Pada 24 Mei lepas, tertuduh yang berusia 20 tahun dilaporkan telah membawa mangsa menaiki kereta sebelum bertengkar dengan wanita terbabit dan bertindak memukul kepalanya sehingga pengsan.


Menurut polis, tertuduh menikam mangsa menggunakan pisau dapur serta menoreh perut wanita berusia 21 tahun itu sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian.

Dia kemudian kembali semula ke lokasi kejadian keesokan harinya dengan membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat berkenaan sekali lagi.


Loading...
Terkini