comscore
Tumpuan :
Nasional

10 negeri termasuk Kuala Lumpur diramal hujan lebat petang ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: 10 negeri termasuk di ibu negara dan Sarawak diramal alami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 5 petang ini.

Berdasarkan satu kenyataan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini, ramalan cuaca turut membabitkan Perlis, Johor dan beberapa tempat di Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling di Kedah serta Hulu Perak, Perak selain Pahang membabitkan Pekan dan Rompin.

“Turut berdepan cuaca sama ialah Selangor iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat, selain Seremban, Negeri Sembilan.”

“Di Sarawak, cuaca yang sama dijangka berlaku di Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau dan Bintulu),” katanya.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam,” katanya.

Loading...
Terkini