comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jenazah Hazlami selamat dikebumikan

 

Oleh: Kumaran Rajamoney

SUNGAI PETANI: Jenazah pendaki Malaysia, Hazlami Ahmad Nizam, 33, yang meninggal dunia ketika mendaki Mera Peak, Nepal pada Khamis lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bukit, di sini sekitar jam 5 petang.

Jenazah arwah tiba di tanahair awal pagi tadi selepas diterbangkan dari Lapangan Terbang Tribhuvan pada jam 11.30 malam tadi.

Sebaik tiba di kampung halaman, jenazah disembahyangkan di Masjid Muhibuddin, Sungai Pasir dengan dihadiri sekitar 200 orang ahli keluarga dan kenalan.

Hazlami, kakitangan PETRONAS Chemicals, Gebeng, Kuantan, Pahang, dilaporkan meninggal dunia ketika menyertai aktiviti mendaki di Mera Peak pada ketinggian 5,700 meter dari aras laut.

Allahyarham yang meninggalkan seorang balu dan tiga cahaya mata berusia 6, 4 dan 1 tahun, dilaporkan berasa tidak sihat sebelum meninggal dunia.

Jenazah kemudian diturunkan oleh malim gunung ke aras 5,500m (dari aras laut) sebelum dibawa keluar dengan helikopter ke Lukla dan Kathmandu pada Sabtu bagi urusan dokumentasi pihak berkuasa Nepal dan bedah siasat.

Loading...
Terkini