comscore
Tumpuan :
Nasional

10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

Waris mangsa yang hadir di lokasi pesawat terhempas di Persiaran Elmina. – Foto: NSTP

PETALING JAYA: 10 mangsa dilapor terkorban dalam nahas pesawat persendirian terhempas di Lebuhraya Guthrie, berhampiran kawasan kediaman Elmina, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 2.40 petang tadi, pesawat yang membawa enam penumpang bersama dua juruterbang dan pembantunya dilaporkan gagal dikawal sebelum terhempas di Elmina.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata pesawat berkenaan yang berlepas dari Langkawi sudah diberi kebenaran oleh Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk mendarat pada jam 2.40 petang.

“Namun pesawat berkenaan dilaporkan terhempas dua minit sebelum dijadualkan untuk mendarat.

“Semasa terhempas pesawat sama dilaporkan merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal masing-masing direkodkan seorang setiap kenderaan,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian.

Foto: NSTP

Hussein berkata pada masa ini pihaknya menjangkakan sekurang-kurangnya 10 mangsa yang terkorban.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, mengambil masa hampir 10 minit bagi memadam kebakaran.

Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk bedah siasat.

Loading...
Terkini