comscore
Tumpuan :
Nasional

10,199 mangsa dipindahkan, semua daerah di Terengganu terjejas 

FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: Semua lapan daerah di Terengganu terjejas akibat banjir dengan 10,199 mangsa dipindahkan setakat ini.

Setakat jam 4 petang, jumlah itu membabitkan 2,811 keluarga yang ditempatkan di 125 pusat pemindahan sementara (PPS).

Kuala Terengganu menjadi daerah terbaharu terjejas akibat bencana berkenaan apabila satu PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol yang dibuka 1 tengah hari.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Hulu Terengganu merekodkan jumlah mangsa tertinggi apabila seramai 3,176 orang di 33 PPS.

Di Dungun, seramai 2,342 penduduk daripada 633 keluarga di 28 PPS manakala di Setiu, seramai 2,167 orang mangsa terjejas.

Sementara itu, seramai 1,432 mangsa daripada 310 keluarga berada di 23 PPS di Besut.Di Kemaman, seramai 958 mangsa daripada 267 keluarga dipindahkan ke sembilan PPS.

Selain itu, seramai 17 mangsa daripada empat keluarga berada di satu PPS di Kuala Terengganu manakala 86 mangsa lagi berada di dua PPS di Marang.

Di Kuala Nerus, dua PPS diaktifkan bagi menempatkan 13 mangsa daripada dua keluarga.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini