comscore
Tumpuan :
Nasional

10,413 warga PDRM terima APC

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Seramai 10,413 menjadi penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahun lalu bagi menghargai sumbangan dan kecemerlangan mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, jumlah berkenaan adalah berdasarkan kuota pemberian APC diperuntukkan kepada warga PDRM berdasarkan kiraan lapan. peratus kuota yang ditetapkan.

Menurutnya, semua penerima membabitkan kira-kira 1,068 pegawai kanan, 8,376 anggota rendah manakala selebihnya pegawai awam yang berkhidmat di jabatan-jabatan PDRM.

“Antara kriteria yang dilihat dalam aspek pengurusan sumber manusia adalah kemajuan kerjaya.

“Selain itu juga, pemberian APC menjadi asas sokongan bagi proses kenaikan pangkat dan peluang untuk menyertai kursus sama ada dalam mahupun luar negara.

“Untuk itu, besarlah harapan saya agar pengiktirafan ini menjadi suntikan semangat kepada penerima serta warga pasukan yang lain untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian APC PDRM 2023 di Bukit Aman, hari ini.

Tan Sri Razarudin berkata, seramai 42 warga PDRM hari ini yang menerima sijil anugerah bagi penilaian 2023.

Katanya, majlis penyampaian sijil anugerah kepada para penerima yang lain, akan diadakan di peringkat jabatan, kontinjen serta formasi masing-masing.

“PDRM juga ingin merakamkan penghargaan kepada pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyampaikan replika cek Sahabat PTPTN berjumlah RM67,194 kepada Tabung Kebajikan PDRM.

“Wang yang disalurkan ini adalah pulangan yang diterima PDRM sepanjang tahun lalu, hasil daripada beberapa perkhidmatan yang ditawarkan PTPTN kepada warga pasukan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini