comscore
Tumpuan :
Nasional

136 dikompaun ingkar PKPP

KUALA LUMPUR: Seramai 140 individu ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Daripada jumlah itu, 136 daripada mereka masing-masing dikenakan kompaun, manakala empat lagi direman.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mereka ditahan atas kesalahan antaranya gagal menyediakan peralatan atau catitan keluar masuk, gagal memakai pelitup muka dan aktiviti membabitkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal.

“Semalam, sebanyak 67,493 pemeriksaan diadakan untuk memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Sebanyak 4,981 pasukan pematuhan membabitkan 17,401 anggota yang membuat pemantauan di 4,229 pasar raya; 5,473 restoran serta 1,747 penjaja; 1,781 kilang; 842 bank dan 1,063 pejabat kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Loading...
Terkini