comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Perang Israel – Palestin: Pendengar Hot.FM boleh minta lagu selepas menyumbang

 

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

Petaling Jaya: Perkembangan terkini situasi rakyat Palestin akibat kekejaman zionis terus mendapat perhatian pelbagai pihak yang menzahirkan sokongan dan keprihatinan mereka.

Turut cakna dengan kesengsaraan dan penderitaan itu, stesen radio nombor satu, Hot.FM menerusi siaran luar bekpes hot extra special, solidariti kepada Palestin​​​​​​​ yang berlangsung pagi tadi.

Bertempat di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama, program yang bermula pada pukul 8 hingga 10 pagi itu menampilkan segmen khas yang sarat dengan mesej bertujuan mengajak pendengar mahupun penonton bersama-sama meringankan beban ditanggung penduduk Palestin.

Stesen radio nombor satu, Hot.FM mengadakan siaran luar bekpes hot extra special, solidariti kepada Palestin​​​​​​​ yang berlangsung pagi tadi.

Pengisian termasuk pengalaman beberapa selebriti tanah air yang pernah menjadi sukarelawan dalam misi bantuan kemanusiaan di Gaza, antaranya Heliza Helmi dan adiknya Hazwani.

Turut berkongsi pentas sama, penyanyi Faizal Tahir dan Datuk Rosyam Nor yang terkesan dengan krisis kemanusiaan itu.

Bagi memperkukuh solidariti bersama, Hot.FM mengajak pendengar untuk berhibur sambil beramal dengan menyumbang kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima yang telah diaktifkan semula.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran optimis, pihaknya dapat mengumpul sumbangan sehingga RM500,000 dalam tempoh dua minggu ini.

“Bila derma tu reference kan kepada Hot FM dan hantar kepada whatsapp 017-3028822 iaitu whatsapp Hot FM dan tunjukkan bukti resit dan pilih lagu apa yang kita akan mainkan. Kita akan mainkan insya-Allah itu yang kita harapkan supaya orang ramai sama-sama menderma kepada tabung kemanusiaan ini dan kita akan mainkan lagu pilihan mereka lah”, katanya kepada Buletin TV3.

Siaran luar bekpes hot extra special, solidariti kepada Palestin​​​​​​​ ini dihoskan Khairy Jamaluddin, Farah Fauzana, AG dan Johan.

Bagi Khairy pula, beliau amat berharap agar tabung ini mendapat sambutan pendengar yang prihatin dengan kesusahan rakyat Palestin ketika ini.

“Selain daripada kita meningkatkan kesedaran, boleh buat sumbangan tabung kemanusiaan Palestin Media Prima pun boleh juga dan maklumat akan kita sampaikan kepada penonton dan juga pendengar kita sila membuat sumbangan untuk kawan-kawan rakan-rakan kita di Gaza”.

Beliau juga tidak keberatan menjadi sukarelawan sekiranya mendapat peluang menyertai sebarang misi kemanusiaan ke negara bergolak itu.

“Sudah pasti sekiranya dibenarkan dan kalau selamat dan kalau kerajaan kita mengizinkan saya bersedia untuk ke sana”, katanya.

Sumbangan boleh disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima menerusi nombor akaun 5642 7651 0331 untuk Maybank dan 1401 0008 844715 untuk Bank Muamalat.

Pendengar yang ingin memilih lagu perlu menyertakan resit rujukan kepada nombor whatsapp Hot.FM di 017-3028822.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini