comscore
Tumpuan :
Nasional

150,000 permohonan status kewarganegaraan diterima KDN

Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tiga kanan) diiringi Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sany Abdullah Sani (dua kiri) menyampaikan bakul makanan kepada wakil badan beruniform pada Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni dan Iftar KDN Madani di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu hari ini. – FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima sekurang-kurangnya 150,000 permohonan bagi mendapatkan status kewarganegaraan.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sehingga Disember depan pihaknya akan meneliti 10,000 permohonan.

“Daripada jumlah itu, 5,700 permohonan kini di peringkat akhir sama ada diluluskan atau ditolak.

“KDN akan menyelesaikan sekurang-kurangnya 150,000 permohonan bagi mendapatkan status kewarganegaraan.

“Maksudnya dalam pertimbangan isu kewarganegaraan semua syarat-syarat keperluan dokumentasi semuanya itu digariskan dengan jelas dalam perlembangaan persekutuan ia bukan sebarang akta, ia Perlembagaan Persekutuan sebab itu kami di KDN perlu mematuhi dengan perkara tersebut. 5,700 permohonan itu diperingkat akhir sama ada lulus atau tidak,” katanya.

Tambahnya lagi, antara faktor menyebabkan permohonan ditolak pasangan tidak mendaftar perkahwinan bagi permohonan kewarganegaraan untuk anak, tiada bukti berada dalam negara, tiada locus standi untuk membuat permohonan dan terdapat unsur keraguan daripada segi percanggahan fakta.

Sejak 2013 hingga 21 Februari lalu, terdapat 132,272 permohonan untuk mendapatkan status kewarganegaraan.

Bagi menangani isu penduduk Sarawak yang tiada pengenalan diri, KDN sudah menubuhkan jawatankuasa bersama dengan kerajaan negeri khusus untuk mengatasi isu itu yang akan diurus di bawah Perkara 15-A Perlembagaan Persekutuan.

Loading...
Terkini