comscore
Tumpuan :
Nasional

Kebakaran sebuah rumah turut musnahkan 5 kenderaan

Keadaan di lokasi kebakaran. Foto: Ihsan Bomba

SERDANG: Sebuah rumah, kereta, van dan tiga motosikal musnah dalam kebakaran di Taman Serdang Jaya, di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan 1.46 pagi sebelum tiga pegawai dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba mendapati kebakaran membabitkan rumah teres terbakar 45%.

“Akibat daripada kebakaran itu api merebak ke kenderaan mangsa iaitu sebuah kereta Naza Ria, Van Nissan Vanette dengan anggaran kebakaran 95% dan tiga motosikal musnah 100%.

“Api berjaya dipadam sepenuhnya tidak lama kemudian dan kebakaran itu tidak membabitkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Loading...
Terkini