comscore
Tumpuan :
Nasional

2 mangsa tragedi Jeram Mawar pencarum Perkeso

V Sivakumar ketika merasmikan Karnival Kerjaya MyFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) di Kuala Terengganu, hari ini.

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Dua daripada sepuluh mangsa tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman baru-baru ini adalah pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan layak mendapat sumbangan yang disediakan.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, Perkeso akan menyalurkan semua sumbangan yang patut diterima oleh waris dalam masa terdekat.

Katanya pihak Perkeso telah membuat semakan dan mendapati dua daripada mangsa itu telah mencarum dengan Perkeso.

Jelasnya lagi, kakitangan Perkeso telah mengunjungi rumah mangsa yang terlibat untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada waris yang ada dan bantuan akan disampaikan dalam masa terdekat.

“Daripada 10 mangsa terbabit, dua adalah pencarum dan pihak Perkeso telah mengambil semua tindakan untuk buat pembayaran”, katanya.

V SIVAKUMAR PERKESO

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya MyFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) di Kuala Terengganu hari ini.

Ahad lalu, sepuluh mangsa dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air.

Setakat ini, sembilan mangsa tragedi itu telah ditemukan sejak enam hari operasi pencarian dijalankan bermula Ahad lalu.

Mayat terbaru itu ditemui jam 9.20 pagi tadi.

Loading...
Terkini