comscore
Tumpuan :
Nasional

222 Ahli Parlimen masih tidak dapat bersepakat – Sultan Johor

PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini membidas Ahli Parlimen tertentu yang cuba menggagalkan kestabilan negara.

Baginda kesal 222 ahli parlimen yang dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15, PRU15 lalu masih tidak bersepakat “sehingga ada gerakan yang cuba menggagalkan kestabilan yang sedang dibina.”

Dalam kenyataan di Facebook, baginda bertitah keadaan sebegitu merugikan rakyat daripada segi sosial dan ekonomi serta menjejas negara di persada antarabangsa.

“Sudah-sudahlah. Sampai bila lebih 30 juta rakyat Malaysia hendak menanggung keadaan sebegini. Ekonomi perlu dipulihkan, kesejahteraan dan kemakmuran negara mesti diutamakan,”.

Media sebelum ini melaporkan desas desus pemimpin parti pembangkang tertentu mengatur cubaan untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar merangkumi Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Rakyat Sabah, Gabungan Parti Sarawak serta beberapa sekutu lain dengan sokongan majoriti melebihi dua pertiga di Dewan Rakyat.

Loading...
Terkini