comscore
Tumpuan :
Nasional

228 karkas babi dirampas 

 

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah 

KUALA TERENGGANU: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu merampas 228 karkas babi pada 9 November lalu.

Rampasan seberat 9,120 kilogram itu dilakukan di tepi jalan Kampung Pak Kancil Bandar Permaisuri, Setiu.

Pengarah JPV Terengganu Dr. Anun Man berkata, rampasan membabitkan nilai keseluruhan RM396,000 melibatkan penguat kuasa JPV negeri membuat risikan dan pemeriksaan susulan kes rampasan sama berlaku di Kelantan dan Lembah Klang.

Pihaknya tidak menolak kemungkinan karkas berkenaan dibawa masuk secara haram dari negara jiran untuk dihantar ke Kuantan, Pahang.

JPV Terengganu memandang serius kes bagi mengekang penyakit demam babi Afrika menular di negeri ini.

“Kita tidak tolak kemungkinan karkas itu dibawa dari negara luar kerana kotak organ yang kita rampas itu ada cop dari Thailand dan mungkin ia dibawa secara haram,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media khas, di Pejabat JPV negeri Bukit Kecil di sini, hari ini.

Jelas Dr Anun Man lagi, karkas babi ini akan dilupuskan esok selepas siasatan selesai dilakukan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini