comscore
Tumpuan :
Nasional

26 penduduk terperangkap banjir diselamatkan bomba

Foto: Ihsan JBPM Johor

Oleh: Zahir Senapiah

PASIR GUDANG: 16 kanak-kanak antara 26 penduduk diselamatkan anggota bomba dan penyelamat selepas terperangkap di kediaman masing-masing di Kampung Sentosa Damai, dekat sini, selepas kampung berkenaan dilanda banjir, pagi tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, operasi menyelamat mangsa disertai 9 anggota dari balai Pasir Gudang.

Foto: Ihsan JBPM Johor

Katanya, semua mangsa diselamatkan menggunakan bot fiber selepas air sungai melimpah menyebabkan air naik hingga mencecah ke paras pinggang.

“Alhamdulillah semua mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke Dewan Muafakat Kampung Cahaya yang kemudiannya dibuka sebagai pusat pemindahan sementara (PPS)” katanya.

Foto: Ihsan JBPM Johor

Katanya, operasi itu ditamatkan kira-kira jam 11.43 pagi.

Difahamkan mangsa tidak menyangka paras sungai naik secara mendadak menyebabkan kampung terbabit dilanda banjir.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini