comscore
Tumpuan :
Nasional

284 jemaah haji Malaysia, kumpulan pertama tiba di Makkah

Syed Saleh menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji Malaysia di Makkah hari ini. -FOTO: NSTP

MAKKAH: Kumpulan penerbangan pertama (KT1) iaitu seramai 284 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Makkah, hari ini.

Semua mereka dibawa ke bangunan penginapan yang juga ibu pejabat Lembaga Tabung Haji (TH), Abraj Al-Janadriyah, dengan menaiki enam bas dari Madinah.

Ketibaan mereka kira-kira jam 3.30 petang waktu tempatan disambut oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman yang juga Pengarah Eksekutif Haji TH, Rais Maktab 77, Rais Fahad Faisal Fatani serta barisan petugas haji.

Jemaah haji tidak dapat menahan sebak dan bersyukur selepas tiba di Makkah dari Madinah hari ini. -FOTO: NSTP

Dhuyufurrahman itu adalah sebahagian daripada empat KT terawal berlepas dari tanah air dan selamat tiba di Madinah sejak Ahad lalu.

Ketika berada di Madinah, mereka antara lain menjalani program Ziarah Dalam dan Ziarah Luar ke beberapa tempat bersejarah.

Loading...
Terkini