comscore
Tumpuan :
Kemalangan

[VIDEO] Tiga maut dirempuh pemandu mabuk di NKVE

Oleh: Shuhadah Marzuki

PETALING JAYA: Tiga penunggang motosikal maut mnakala tiga lagi parah, akibat dirempuh pemandu dipercayai mabuk  di Kilometer 19.6 Lebuhraya NKVE, arah selatan dekat Kota Damansara, awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, nahas berlaku kira-kira jam 5.59 pagi ketika cuaca hujan dan kesemua penunggang sedang berteduh di bawah jejambat.

“Siasatan awal mendapati kereta Honda City dipandu lelaki berusia 26 tahun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cyberjaya.
“Sebaik tiba di lokasi, pemandu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar enam penunggang motosikal yang sedang berteduh di bawah jejambat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Foto : Roy Skullrider Exmc / Facebook

“Seorang mangsa cedera parah dirawat di zon merah manakala dua lagi mangsa menerima rawatan di zon kuning di Hospital Sungai Buloh (HSB) dan mayat mangsa akan dibedah siasat di hospital sama”.

“Pemeriksaan awal ke atas pemandu kereta mendapati kandungan alkohol melebihi had yang dibenarkan,” katanya.

Manakala pemandu kereta ditahan polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 44 (1) APJ 1987.

Polis meminta saksi kejadian supaya tampil  ke balai polis berhampiran atau hubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor R. Navalan di talian 014 2536820.

Loading...
Terkini