comscore
Tumpuan :
Nasional

303,233 pasangan guna khidmat subfertiliti LPPKN

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, Aiman Athirah Sabu

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat dimaklumkan seramai 303,233 pasangan mengunakan perkhidmatan subfertiliti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sejak 1979 hingga April tahun ini bagi mendapatkan zuriat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, Aiman Athirah Sabu berkata, ia menjadikan purata antara 1,500 hingga 2,000 pasangan menggunakan perkhidmatan berkenaan setiap tahun.

“Dalam tempoh itu sebanyak 40,576 kes baharu dan 262,657 kes ulangan telah dicapai,” katanya.

Tambah Aiman Athirah, ia menunjukkan subfertitili LPPKN terus mendapat sambutan konsisten manakala jumlah kes ulangan boleh mencecah 9,000 kes setiap tahun.

Foto hiasan

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib di Dewan Rakyat pagi tadi.

Tambahnya, berdasarkan data profil klien subfertiliti LPPKN, 95% daripada pasangan yang mendapatkan perkhidmatan adalah kumpulan sasaran utama iaitu golongan berpendapatan sederhana dan ke bawah.

Sehingga kini, 27,216 prosedur rawatan subfertiliti telah dijalankan dengan 22% atau lebih 6,000 individu berjaya mencapai kehamilan.

Loading...
Terkini