comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] TERKINI: Dua lagi disahkan maut ketika menerima rawatan

 

Dua lagi mangsa belum dikenal pasti identiti disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kemaman, menjadikan jumlah yang maut seramai enam orang.

Dua lagi individu mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan masih dirawat di hospital sama.

Tiga penumpang termasuk seorang kanak-kanak dan pemandu kenderaan turut mengalami kecederaan.

Laporan itu diterima Buletin TV3 pada jam 10 malam tadi.


8.24 pm: 4 termasuk seorang kanak-kanak maut dalam kemalangan

Dua lagi mangsa belum dikenalpasti identiti, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kemaman.

KEMAMAN: Empat individu termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut apabila dua kereta bertembung di Kilometer 153, Jalan Jerangau Jabor berhampiran bandar Cheneh Baru, di sini, petang tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 4.45 petang itu, keempat-empat mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan anggota badan.

Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II, Azman Alias ketika dihubungi berkata nahas melibatkan dua kereta Proton Persona.

Katanya, tiga yang disahkan maut di tempat kejadian dikenali sebagai Tuan Yah Dollah, 61, Abdul Halim Ismail, 51, Nor Nadia Natasha Abu Bakar, 22, dan Nor Syafinaz Naura Saiful Azwan, berusia dua tahun.

Tiga lagi mangsa dalam kereta itu iaitu seorang lelaki, seorang wanita dan dua kanak-kanak cedera.

Empat lagi penumpang kereta itu, seorang lelaki, dua perempuan dan seorang kanak-kanak turut cedera.

Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Kemaman.

Mayat kesemua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu.

Mangsa yang cedera kini berada di Unit Kecemasan manakala mayat mangsa yang meninggal dunia akan dibawa ke unit forensik hospital sama untuk tindakan lanjut.

Loading...
Terkini