comscore
Tumpuan :
Nasional

57 kes baharu dilaporkan hari ini

KUALA LUMPUR: Sebanyak 57 kes baharu positif jangkitan wabak COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 7,819 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,351 kes.

Daripada jumlah kes baharu itu, Dr Noor Hisham menjelaskan sebanyak 10 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan 47 kes pula adalah daripada penularan tempatan.

“Daripada 47 kes penularan tempatan itu, 43 daripadanya bukan dalam kalangan warganegara Malaysia, iaitu 24 individu dikesan di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Sepang; 15 kes dikesan di Pahang yang merangkumi tiga kluster.

“Tiga pekerja berkenaan masing-masing terdiri daripada satu kes Kluster Kampung Sungai Lui; Kluster Pudu; kluster Pendatang Asing Tanpa Izin dalam proses pemindahan ke DTI dan satu kes pekerja di Klang,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 23 individu sudah pulih sepenuhnya dan tiada pertambahan kes kematian dicatatkan dengan jumlahnya kekal sebanyak 115 kes atau 1.47 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Loading...
Terkini