comscore
Tumpuan :
Nasional

642 pegawai, anggota polis dikerahkan ketika hari penamaan calon PRK Kuala Kubu Bharu

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

SHAH ALAM: 642 pegawai dan anggota polis akan bertugas pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Sabtu ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk Sasikala Devi Subramaniam berkata, kesemua mereka akan memastikan kelancaran proses penamaan calon selain ketenteraman awam pada hari tersebut.

“Pada hari undi awal 7 Mei dan hari mengundi biasa 11 Mei nanti anggota dan pegawai akan memastikan keselamatan orang ramai keluar mengundi bagi mengelak dari sebarang masalah,” katanya yang ditanya mengenai persiapan polis Selangor menjelang PRK Kuala Kubu Bharu.

Dalam pada itu, menurut Sasikala, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor akan memberi taklimat kepada parti-parti yang bertanding mengenai peraturan berkempen.

Tambah beliau, permit kempen boleh dipohon sejurus selepas selesai proses penamaan calon.

Sementara itu, Datuk Sasikala Devi memaklumkan, seramai 625 pegawai dan anggota polis dan 238 anggota tentera akan mengundi awal pada 7 Mei depan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini