comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 67 peratus dari enam kes jangkitan Rabies ke atas manusia berakhir kematian

Oleh Kadir Edison

KUCHING: 67 peratus daripada enam kes jangkitan penyakit anjing gila atau Rabies ke atas manusia yang dilaporkan pada tahun ini di Sarawak berakhir dengan kematian.

Kesemua kes berkenaan dilaporkan dilaporkan berlaku di empat daerah iaitu di Sibu, Kanowit, Siburan dan Bintulu

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata sebanyak 2,210 kes gigitan haiwan dilaporkan di Sarawak antara 1 Januari dan 5 Mac dengan 1,205 adalah kes gigitan anjing, 985 gigitan kucing dan 20 kes gigitan lain.

Justeru beliau menasihatkan orang ramai yang terkena gigitan haiwan untuk segera mendapatkan rawatan sepatutnya bagi mengelakkan mereka terkena jangkitan wabak berkenaan.

Ujarnya, sejak wabak rabies mula dikesan di Sarawak pada 2017 sebanyak 48 kes kematian akibat jangkitan wabak terbabit dilaporkan.

“Kita mahu semua orang merawat gigitan anjing dengan serius. Anda tidak boleh menganggap bahawa anjing anda tidak keluar dan anda tidak pernah tahu.

“Saya tahu adalah menyusahkan untuk pergi ke hospital tetapi ia adalah nyawa anda kerana vaksinasi rabies awal kepada manusia akan menyelamatkan nyawa kerana jika jangkitan rabies sampai ke bahagian otak, 99 peratus akan berakhir dengan kematian,”katannya ketika ditemui selpas menghadiri seminar

Sementara itu, Pengarah Jabatan perkhidmatan Vetrinar Sarawak, Dr AdrianSusin Ambud mendedahkan sebanyak 40 sampel haiwan telah diperloleh oleh jabatan itu bagi tujuan ujian rabies.

Daripada jumlah itu, 18 sampel didapati positif terkena jangkitan rabies mencakupi 16 sampel daripada anjing manakala dua sampel lagi dari Kucing.

Sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sejumlah 514 haiwan melibatkan 492 anjing dan 22 Kuching telah diberikan suntikan vaksin rabies menerusi program pemvaksinan haiwan jabatan berkenaan.

Loading...
Terkini