comscore
Tumpuan :
Nasional

7 individu ada kaitan serangan balai polis direman esok

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika melawat anggota yang cedera dan jenazah anggota yang ditembak di Hospital Sultan Ismail, Johor. FOTO: NSTP

JOHOR BAHRU: Tujuh individu yang dipercayai ada kaitan insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, akan direman esok pagi.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, mengesahkan tujuh individu berkenaan akan direman di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Terdahulu lima anggota keluarga suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, ditahan dalam serbuan jam 6 pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata lima anggota keluarga suspek yang ditahan itu berusia antara 19 hingga 62 tahun, susulan serbuan yang dilakukan di rumah keluarga suspek.

Dua lagi individu yang turut akan direman esok membabitkan dua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang dipercayai ada kaitan dengan serangan Balai Polis Ulu Tiram, awal pagi tadi.

Esok, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dijadualkan mengadakan sidang media isu serangan ini di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Saifuddin dijangka menyertai solat jenazah dua anggota terkorban di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor sebelum sidang media berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini