comscore
Tumpuan :
Nasional

77 gelandangan dibawa ke Anjung Kelana

FOTO: DBKL / Facebook

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Yayasan Kebajikan Negara (YKN), dan Alam Flora mengatur operasi menyelamatkan gelandangan di pusat bandar malam semalam.

Seramai 77 gelandangan di sekitar Masjid Jamek, Masjid India, Jejantas Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu, Jalan Silang, dan Bangkok Bank telah dibawa ke tempat yang lebih selesa dan lengkap kemudahan di Anjung Kelana.

FOTO: DBKL / Facebook

Turut serta dalam operasi, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi bin Che Ngah dan Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, Datuk Azmi bin Abdul Hamid.

Datuk Seri Mahadi menyeru kepada warga kota yang ingin menyumbang makanan boleh di saluarkan di dua pusat gelandangan; Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang dan Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tunku.

“Warga kota boleh juga menyumbang makanan di satu pusat komuniti iaitu Pusat Pembelajaran Komuniti, Chow Kit.

“Kawal selia ini dilaksanakan bagi mengelak berlaku pembaziran dan kekotoran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Loading...
Terkini