comscore
Tumpuan :
Nasional

8 sekatan jalan raya diadakan di Perlis

Oleh Amira Suraini Che Mohamad

ARAU: 8 sekatan jalan raya dilaksanakan di seluruh Perlis, bermula tengah malam semalam.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, tindakan itu selari dengan penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara melalui penugasan 24 jam di lokasi strategik.

“Polis Perlis membuka 8 sekatan jalan raya bermula 12 tengah malam semalam,  melibatkan 4 di Kangar, 3 di Arau dan 1 di Padang Besar”.

“Keadaan di Perlis aman, selain orang ramai sentiasa hormat dan memberi kerjasama baik,” katanya kepada Buletin TV3.

Beliau mengesahkan sehingga kini tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku, terutama ketika tempoh peralihan kerajaan negeri.

Loading...
Terkini