comscore
Tumpuan :
Nasional

90 kes pulih, 50 kes baharu hari ini

KUALA LUMPUR: Sebanyak 90 kes pulih daripada COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan pulih sebanyak 5,796 kes atau 82.1 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bilangan kes pulih itu melebihi 50 kes baharu yang dilaporkan.

Dr Noor Hisham berkata, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah terkumpul kes kepada 7,059 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 ialah 1,149.

“Daripada 50 kes baharu dilaporkan, tiga kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 47 kes penularan tempatan dengan 41 kes bukan warganegara, iaitu 34 kes dikesan di Depot Tahanan Imigresen di Bukit Jalil.

“Sehingga kini, 10 kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Daripada jumlah berkenaan, tujuh memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.

Beliau turut memaklumkan tiada pertambahan dalam bilangan kes kematian dan angkanya kekal 114 kes atau 1.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Loading...
Terkini