comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Acryl Sani rasmi serah tugas KPN kepada Razarudin

 

Oleh : Syafiqah Damanhuri

KUALA LUMPUR: Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menyerahkan tugas dan Tongkat Kuasa Ketua Polis Negara kepada
Tan Sri Razarudin Husain di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini hari ini.

Majlis serah terima tugas jawatan nombor satu Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu, disaksikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Pada majlis itu, Saifuddin turut memakaikan pangkat Inspektor Jeneral kepada Razarudin dan pangkat Deputi Inspektor Jeneral kepada Ayob Khan.

Majlis diteruskan dengan upacara menandatangani dan pertukaran dokumen serah terima tugas di antara Acryl Sani dan Razarudin serta penyerahan tongkat kuasa.

Turut berlangsung penyerahan watikah pelantikan jawatan Timbalan Ketua Polis Negara oleh Razarudin kepada Ayob Khan  yang sebelum ini merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Loading...
Terkini