comscore
Tumpuan :
Nasional

Ada keperluan isi jawatan Menteri KPDN lebih-lebih lagi menjelang pembentangan Belanjawan 2024 – Armizan

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang masih kosong diharap akan diisi dalam masa terdekat lebih-lebih lagi menjelang pembentangan Belanjawan 2024 Jumaat ini.

Demikian kata Datuk Armizan Mohd Ali yang memangku jawatan berkenaan sambil menyifatkan terdapat keperluan untuk mengisi kekosongan tersebut.

Bagaimanapun beliau tidak mahu  orang ramai  membuat sebarang spekulasi dan memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membuat keputusan berhubung rombakan Kabinet.

“Jawatan Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kosong, saya memangku maka jawatan itu perlu diisi apatah lagi kita ada pembentangan Belanjawan 2024 dan persiapan untuk pelaksanaannya tahun depan,” kata beliau  dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Sijil Kelulusan Pendaftaran Francais dan Lesen Jualan Langsung, di sini hari ini.

Tambahnya, pelantikan menteri adalah hak prerogatif Perdana Menteri dan perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Armizan memangku jawatan itu sejak 30 Julai lalu susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Loading...
Terkini