comscore
Tumpuan :
Nasional

Agong, Permaisuri doa kesembuhan Raymond Goh

PETALING JAYA : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendoakan penyampai berita Nightline Raymond Goh dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesembuhan serta keafiatan segera.

Turut mendoakan kesembuhan ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, penyampai berita itu dilapor berada dalam keadaan kritikal selepas diserang penyakit angin ahmar dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

Beliau memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 o’clock news dan kemudian beralih kepada Nightline TV3.

Dikenali dengan gelaran penyampai berita bersuara emas, Goh telah berkhidmat di dalam dunia penyiaran lebih 30 tahun dan kini turut menjadi jurulatih untuk pengucapan.

Keperibadiannya yang mesra dan berkeyakinan di kaca televisyen cukup memberi inspirasi kepada penonton dan industri penyiaran negara menjadikannya seorang tokoh yang berpengaruh bagi mereka yang menceburi bidang itu.

Loading...
Terkini