comscore
Tumpuan :
Nasional

Ahmad Maslan dan Steven Sim dilantik Timbalan Menteri Kewangan – PM

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO yang juga Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Turut dilantik Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai Timbalan Menteri kepada Kabinet Kerajaan Perpaduan malam ini.

Pelantikan Timbalan Menteri berkenaan menyusul selepas pengumuman Kabinet 28 Menteri pada 2 Disember lalu.

Upacara angkat sumpah akan berlangsung di Istana Negara jam 3 petang esok.

Loading...
Terkini