comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mangsa banjir di Kelantan meningkat

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus bertambah  kepada 3,259 orang setakat jam 3 petang ini berbanding 2,632 orang pagi tadi.

Ini berikutan jumlah mangsa di Pasir Mas bertambah berikutan beberapa kampung di kawasan rendah dinaiki air hari ini.

Pintu pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), di Banggol Kulim dan Kampung Bagus, ditutup kerana air naik separas 0.3m susulan limpahan air Sungai Golok, sejak malam tadi – Foto: NSTP

Kesemua mangsa daripada 1,026 keluarga itu ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu di Pasir Mas, Bachok dan Tanah Merah.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, jumlah mangsa banjir di Pasir Mas semakin bertambah kepada 3,016 orang daripada 947 keluarga berada di 10 PPS berbanding 2,370 orang pagi tadi.

Mangsa banjir di Bachok adalah 221 orang daripada 70 keluarga berada di dua PPS dan 22 mangsa daripada sembilan keluarga berada di satu PPS di Tanah Merah, manakala satu PPS di Kota Bharu ditutup sepenuhnya tengah hari ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini