comscore
Tumpuan :
Nasional

Satu lagi PPS dibuka, jumlah mangsa banjir di Kuala Muda meningkat kepada 110

Foto: APM Kedah/ Facebook

SUNGAI PETANI: Satu lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kuala Muda iaitu di Dewan Masjid Al Huda, Kampung Jerung, dibuka setakat jam 3 pagi tadi, sekali gus menjadikan tiga jumlah PPS yang aktif dan menempatkan 110 mangsa daripada 35 keluarga.

PPS Dewan Masjid Al Huda menempatkan enam mangsa daripada satu keluarga manakala dua lagi PPS yang dibuka sejak semalam iaitu Dewan UMNO Kampung Bukit Belah (20 orang daripada enam keluarga) manakala Dewan SJK (C) Min Terk (84 orang daripada 28 keluarga).

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, jumlah itu membabitkan penduduk di empat mukim yang terjejas akibat banjir kilat yang melanda daerah itu sejak semalam.

Beliau berkata, antaranya adalah Kampung Batu 5, Mukim Gurun, Taman Bersatu, Taman Widuri, Taman Teratai, Taman Kenari Biru, Taman Songket, Taman Berlian, Kampung Baru Belah, Kampung Batu 2, Kampung Haji Wahab, Taman Ambangan Heights, Taman Sari, Kampung Belakang Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Min Terk dan Kampung Watt Siam di Mukim Sungai Petani.t

“Selain itu, Kampung Baru Bakar Arang di Mukim Sungai Pasir manakala Kampung Jerung di Mukim Sidam Kiri turut dinaiki air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azahar berkata, banjir kilat akibat hujan lebat bermula jam 5.30 petang semalam di beberapa kawasan di daerah ini.

Beliau berkata, punca kejadian itu berlaku disebabkan limpahan air secara mengejut dan berlebihan.

“Selain itu, turut berlaku kejadian air pasang besar yang mana pintu air ditutup sehingga jam 1.16 pagi tadi untuk mengelakkan kejadian lebih buruk.

“Kejadian itu menyebabkan kerosakan harta benda mangsa dan paras kedalaman air setinggi antara 0.5 meter hingga satu meter,” katanya.

Loading...
Terkini