comscore
Tumpuan :
Nasional

“Ainul Mardhiah Kini Kritikal” – Ibu

PETALING JAYA: Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, kanak-kanak yang menghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’ kini sedang dirawat di Pusat Penjagaan Intensif Pediatrik (PICU)
sebuah hospital awam dipercayai akibat jangkitan virus.

Ibunya, Nurul Erwani Zaidi berkongsi khabar duka itu menerusi media sosialnya dipetik berkata keadaan Ainul kini kritikal dan tenat dan memohon semua mendoakan anaknya.

“Ainul berada di PICU sekarang. Doktor ICU beritahu keadaan Ainul kali ni agak kritikal dan tenat. Satu badan penuh dengan wayar dah anak mama ni.

“Mama tak minta banyak. Mohon doakan anak kesayangan mama, Ainul Mardhiah
ni jadi lagi kuat untuk lawan penyakit ni,” katanya.

Menurut Nurul Erwani, Ainul mula muntah dan cirit birit dalam masa sehari.

Memasuki hari kedua, Ainul tidak bermaya dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

“Hari kedua mama tengok Ainul dah tak bermaya sangat. Sebab nampak lain sangat keadaan Ainul kali ni.

“Terus bawa ke kecemasan. Doktor buat prosedur dan beritahu rupanya Ainul dah terlalu tenat sebab infection dah ada dekat semua tempat,” katanya.

Loading...
Terkini