comscore
Tumpuan :
Nasional

Ajal tak sempat elak kereta tukar lorong

Seorang penunggang motosikal maut selepas gagal mengelak dan melanggar sebuah kereta menukar lorong. – FOTO: Ihsan PDRM

KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal menemui ajal selepas gagal mengelak kereta menukar lorong di Jalan Klang Lama, arah Puchong menuju pusat beli-belah Mid Valley, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kemalangan berlaku pada jam 1.05 petang dan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 2.45 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati, kenderaan dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun dari arah Puchong menghala ke Mid Valley menukar lorong dari lorong ketiga untuk memasuki simpang Jalan 1/137C.

“Ini menyebabkan mangsa warga tempatan berusia 51 tahun yang berada di lorong kedua haluan sama tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang sebelah kiri kereta itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pelanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh ke lorong pertama dan disahkan maut di lokasi kejadian berikutan kecederaan parah di kepala.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta pengangkutan Jalan 1987 olah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Kuala Lumpur.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, diminta menghubungi Balai Polis Trafik, Jalan Tun H.S. Lee di talian 03-20719999 atau hotline 03-20260267/69 atau mana-mana balai berdekatan,” katanya.

Loading...
Terkini