comscore
Tumpuan :
Nasional

Akaun Fleksibel: KWSP struktur semula akaun ahli

Foto hiasan

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menstruktur semula akaun ahli untuk mengimbangi keperluan jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Ia dalam usaha memperkasa simpanan persaraan serta landskap kerja yang berkembang ke arah tidak formal.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata KWSP akan memperkenal Akaun Fleksibel sebagai akaun baharu yang boleh diakses oleh ahli pada bila-bila masa, khususnya ketika kecemasan.

Perkara itu antara empat perkara utama diumumkan dalam Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu.

Selain akaun fleksibel, kerajaan telah mempertingkatkan had caruman padanan di bawah program i-Saraan, perluas program i-Sayang kepada suami serta lanjutan program i-Suri.

”Penambahbaikan dan pelanjutan program i-Saraan melangkaui tahun 2023 iaitu daripada RM300 kepada RM500 setahun. Ia ditambah baik kepada rakyat Malaysia dalam sektor tidak formal, termasuk golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap di bawah umur 60 tahun yang mencarum secara sukarela. Ia dijangka  memberi manfaat kepada lebih 350,000 peserta.

“Memperluas program i-Sayang kepada suami mulai tahun hadapan iaitu isteri yang bekerja boleh memindahkan dua peratus daripada caruman KWSP bulanan mereka (syer pekerja) ke akaun KWSP suami mereka. Sejak dilancarkan pada Mac 2023, lebih kurang 34,000 suami menyertai membabitkan jumlah simpanan sebanyak RM14.7 juta.

“Melanjutkan program i-Suri dan memperkenal caruman padanan dan amaun insentif maksimum kepada golongan suri rumah di bawah umur 60 tahun yang berdaftar dalam pangkalan data e-Kasih. Peserta juga berpeluang untuk menerima insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 setiap individu, tertakluk kepada insentif padanan sebanyak RM300 setahun.

Pada masa ini, hanya 60 peratus daripada tenaga pekerja dilindungi di bawah skim persaraan formal.

Beliau berkata tahap simpanan yang rendah dalam kalangan ahli KWSP juga perlu ditangani bagi memastikan rakyat dapat bersara dengan selesa dan bermakna pada hari tua.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini