comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Amaran hujan berterusan di empat negeri

 

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di Sarawak, Pahang, Johor dan Sabah, hari ini.

Menerusi Amaran Hujan Berterusan (Buruk) yang dikeluarkan jabatan itu pada jam 6.45 pagi tadi, hujan lebat berterusan peringkat jingga (buruk) diramal melanda enam daerah di Sarawak.

Ia membabitkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah dan Kapit (Song dan Kapit) dan keadaan cuaca sedemikian dijangka akan berlanjutan sehingga esok.

Foto hiasan

METMalaysia turut memberi amaran hujan berterusan peringkat kuning (waspada) di Pahang membabitkan daerah Kuantan, Pekan dan Rompin serta di Johor (Mersing dan Kota Tinggi) dan Sarawak (Sri Aman, Betong, Sarikei dan Bintulu).

Jabatan itu menjangkakan situasi hujan berterusan di beberapa lokasi tiga negeri itu juga akan berlarutan sehingga esok.

Sementara itu, METMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada untuk daerah Kudat di Sabah untuk sepanjang hari ini.

Loading...
Terkini