comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran hujan tahap buruk di Pahang dan Johor

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Pahang dan Johor bermula hari ini sehingga Ahad (7 Jan).

MetMalaysia dalam kenyataan malam ini memaklumkan amaran itu melibatkan kawasan Pekan dan Rompin di Pahang, manakala di Johor membabitkan kawasan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku dalam tempoh yang sama melibatkan Kuantan di Pahang manakala di Johor membabitkan  Batu Pahat dan Pontian.

Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 1,024 orang di 13 pusat pemindahan sementara, PPS setakat 8 malam tadi berbanding 330 orang di tujuh PPS pada jam 2 petang.

Terdapat 26 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak atau runtuh dan akibat tanah runtuh.

Di Pahang di Jalan Temerloh-Jerantut dan di Johor Jalan Kota Tinggi-Kluang.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini