comscore
Tumpuan :
Nasional

Ambil kira keadaan ‘luar biasa’, Rafizi pertahan Anwar sebagai Menteri Kewangan 

| Oleh Amanda Lopez

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada sidang media di Menara Prisma, Putrajaya. – FOTO : NSTP

PUTRAJAYA : Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli mempertahankan pelantikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan.

Rafizi berkata pelantikan itu selepas mengambil kira  situasi yang disifatkannya `luar biasa’ di bawah Kerajaan Perpaduan.

“Ia satu keputusan yang sangat sukar yang telah diambil kerana bila kita ada gabungan-gabungan yang masing-masing menbentuk kerajaan sudah tentu setiap komponen mahu jawatan menteri kewangan itu berada di pihak mereka.” katanya.

“Jadi kalau contohnya ada orang daripada Pakatan Harapan (PH) jadi menteri kewangan pun itu akan ada masalah dengan Barisan Nasional (BN), kalau daripada BN ada masalah dengan PH dan GPS dan lain-lain.”

Kali pertama mengulas tindakan Perdana Menteri turut memegang jawatan Menteri Kewangan, Rafizi juga menjelaskan dalam keadaan sekarang yang mana ekonomi berada dalam situasi mencabar turut berkehendakkan Perdana Menteri menjawat jawatan Menteri Kewangan.

“Oleh kerana keadaan (semasa) luar biasa, keputusan itu (Perdana Menteri menjadi Menteri Kewangan) sesuai buat masa sekarang.

“Senang Perdana Menteri menjadi Menteri Kewangan supaya ia tidak timbul isu gabungan yang berbeza,”

Kalau ikut pandangan saya secara idealnya kita pisahkan jawatan menteri kewangan dan jawatan Perdana Menteri dan pendirian itu tidak berubah. Saya tidak berpendapat bahwa hanya kerana kedaan sekarang ini mendesak dan kita ambil pendirian itu tidak bermakna ia perlu diteruskan.” kata beliau pada sidang akhbar pertamanya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).

 

Loading...
Terkini